fbpx

Pemain PSG dituduh dalang serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIALLO (kanan) ditahan pihak polis Perancis untuk membantu siasatan ekoran insiden serangan terhadap Hamraoui (kiri) awal bulan ini. – AFP

PARIS – Pemain tengah pasukan wanita Paris Saint-Germain, Aminata Diallo ditahan oleh pihak polis Perancis apabila dikaitkan dengan kes menyerang rakan sepasukannya.

Diallo didakwa mengupah beberapa lelaki bertopeng untuk menyerang Kheira Hamraoui dengan memukulnya menggunakan batang besi sehingga mendatangkan kecederaan pada bahagian kaki dan tangan.

Sumber mendakwa, kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati Diallo terhadap pres­tasi Hamraoui yang cemerlang menyebabkan dia kehilangan tempat di dalam skuad ketika kedua-dua mereka beraksi pada posisi yang sama di bahagian tengah.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 4 November lalu, ketika Diallo dan Hamraoui serta beberapa rakan sepasukan lain keluar bersama-sama dan kejadian serangan tersebut berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang.

Siasatan lanjut yang dilakukan oleh pihak polis mendapati terdapat kemungkinan bahawa Diallo terlibat di sebalik serangan berkenaan biarpun dia turut dikasari dalam insiden berkenaan, namun tidak mengalami kecede­raan serius.

PSG dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pemain berusia 26 tahun itu ditahan oleh pihak polis di Versailles untuk membantu siasatan ekoran tuduhan berkenaan.

“PSG mengutuk keras kejadian tersebut. Sehingga kini, pihak pengurusan kelab telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menjamin kesihatan, keperluan dan keselamatan seluruh pemain dalam skuad wanita.

“Kelab ini juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak polis untuk memberikan maklumat bagi membantu siasatan dan bakal menentukan apakah hukuman yang akan dikenakan,” me­nurut kenyataan kelab ber­kenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI