fbpx

Pasar Pasir Pinji ditutup untuk disinfeksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sukarelawan Pasir Pinji melakukan kerja-kerja sanitasi bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

IPOH – Operasi Pasar Pasir Pinji akan ditutup buat sementara waktu bermula esok dan Ahad bagi memberi laluan kepada kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan selama dua hari itu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja berkenaan.

“Penutupan tersebut adalah bagi menjalankan aktiviti pembersihan dan disinfeksi di kawasan pasar tersebut.

“Semua premis niaga di sini akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa pada hari Isnin sebaik kerja-kerja berkaitan selesai,” ujar kenyataan tersebut.

Difahamkan terdapat kes positif telah dilaporkan di pasar berkenaan yang membawa kepada langkah-langkah pembersihan diambil.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, Howard Lee memberitahu, pihaknya juga telah mengambil inisiatif mendapatkan khidmat bomba sukarelawan Pasir Pinji untuk melakukan sanitasi.

“Sejurus selepas kita dapat tahu ada peniaga pasar kena Covid-19, cepat-cepat saya minta bantuan pihak bomba sukarelawan Pasir Pinji untuk datang dan lakukan sanitasi.

“Kalau ada sesiapa yang datang ke sini dua tiga hari lepas, tolong buat ujian saringan Covid-19. Sama-sama kita bendung penularannya.,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebooknya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI