fbpx

Padah bawa barang runcit seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian barangan runcit seludup yang dirampas PGA di Kampung Tasek Berangan, semalam. /FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang pemandu lori selepas didapati membawa muatan pelbagai barangan runcit seludup bernilai RM55,713 di Kampung Tasek Berangan, di sini semalam.

Lelaki itu ditahan semasa anggota penguat kuasa PGA menjalankan rondaan rutin di kawasan tersebut kira-kira pukul 8.30 malam.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, semasa melakukan rondaan itu, anggota bertugas telah terserempak dengan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota PGA telah menahan lori itu dan hasil pemeriksaan ke dalam muatan lori telah menjumpai beberapa kotak plastik mengandungi pelbagai barangan runcit termasuk sosej yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kesemua rampasan itu dibawa ke Kompeni Taktikal Taman Bakti di sini untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut.

“Kita tidak menolak kemungkinan kesemua barangan runcit itu dibawa masuk melalui pangkalan haram di daerah ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, permintaan tinggi daripada pasaran tempatan menjadi salah satu punca penyeludup membawa masuk kesemua barangan runcit ke negara ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Makanan 1983. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI