fbpx

Nasib Solskjaer masih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLE GUNNAR SOLSKJAER

‘DOA penyokong Manchester United, didengar di tempat lain’.

Demikian antara beberapa kata sinikal yang bertebaran sepanjang minggu ini ekoran kekalahan kedua Manchester United di Old Trafford apabila tunduk 0-2 kepada Manchester City Sabtu selepas mereka tewas 0-5 kepada Liverpool sebelum itu.

Selepas dua kekalahan berkenaan, tekanan untuk pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer cukup memuncak ketika ini, malah sudah kedengaran suara para peminat yang mahu pengurus daripada Norway itu dipecat ekoran gagal meningkatkan prestasi pasukan itu.

United ketika ini sekadar merakam lima kemenangan, dua kali seri dan berdepan empat kekalahan dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini, malah mereka hanya sekali meraih tiga mata penuh dalam lima perlawanan terakhir.

Biarpun didesak dan dicemuh, Solskjaer nampaknya terus kebal apabila pihak pengurusan masih percaya bahawa beliau mampu untuk mengubah nasib pasukan.

Dua kekalahan itu dengan margin bolos yang besar tanpa sebarang gol sudah cukup untuk membuatkan Solskjaer layak ‘ditendang’ terutama tewas kepada dua-dua pasukan yang dianggap seteru utama dalam saingan di England.

City dan Liverpool mungkin berkongsi falsafah yang sama, mereka mungkin tidak kisah jika tidak berjaya menjulang kejuaraan EPL, tetapi mereka tidak boleh kalah menentang United. Musim ini kedua-dua pasukan itu telah berjaya, menewaskan dan memalukan United di tempat mereka sendiri.

Biarpun setiap hari berita mengenai masa depan Solskjaer diperkatakan, tetapi pengurus pasukan lain pula yang dipecat.

Setakat ini, lima orang pengurus terpaksa meninggalkan pasukan masing-masing ekoran prestasi pasukan yang merudum antaranya Xisco Munoz (Watford-dipecat pada 3 Oktober), Steve Bruce (Newcastle-20 Oktober), Nuno Espirito Santo (Tottenham-1 November), Daniel Farke (Norwich City-6 November) dan Dean Smith (Aston Villa-7 November).

Bekas pemain pertahanan United, Gary Neville percaya bahawa Solskjaer tidak akan dipecat dalam tempoh terdekat, malah beliau mungkin akan diberikan peluang untuk beberapa perlawanan atau bulan lagi kecuali jika prestasi pasukan itu semakin teruk.

Alasan yang diberikan adalah kerana Naib Pengerusi kelab itu, Ed Woodward bakal menamatkan tugasnya pada penghujung bulan depan dan memecat pengurus dalam tempoh tersebut bukanlah suatu yang diinginkan.

Tambahan pula, Solskjaer baharu sahaja menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun hingga 2024 dengan nilai yang dianggarkan sebanyak £30 juta (RM168.43 juta).

Urusan tawaran kontrak berkenaan telah diuruskan oleh Woodward dan sebarang keputusan melibatkan pemecatan menyebabkan reputasi individu berpengaruh di Old Trafford itu akan tercalar dan lebih teruk, United perlu membayar pampasan besar ketika gaji mingguan Solskjaer adalah sebanyak £200,000 (RM1.12 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN