fbpx

MyJet labur RM100 juta tambah dua pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Yunos (kanan), Abidin (tengah) dan Alan ketika melakukan simbolik kerjasama ketika majlis tersebut.

KOTA KINABALU – Syarikat penerbangan kargo tempatan, My Jet Xpress Airlines Sdn. Bhd. (MyJet) melabur RM100 juta dalam membeli dua lagi pesawat baharu dalam menampung pengembangan operasinya di negara ini.

Pengerusi Eksekutif MyJet, Mohamed Yunos Mohamed Ishak berkata, dua pesawat terbaharu itu melibatkan Boeing 737-300F dan 737-800F yang akan diperolehi secara berperingkat selewatnya Februari tahun depan dan akan membawa kargo dari China.

Katanya, Boeing 737-800F mampu membawa muatan sehingga 21 tan dengan tempoh jangkauan penerbangan pesawat itu boleh melebihi enam jam.

“Setakat ini, terdapat empat pesawat sedia ada di Malaysia dengan tambahan dua lagi yang baharu.

“Sebelum ini, kita terbang dari selatan China dan kini akan memfokuskan pasaran di Wuhan, Shanghai, Shandong, Xiamen dan Shenzhen,” katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.

Terdahulu, beliau hadir majlis sambutan kerjasama pihaknya bersama Kerry Logistics Network (KLN) Limited dan 200 penerbangan Kota Kinabalu ke Macau yang disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir. Turut hadir Pengarah KLN Malaysia, Alan Ng.

Pada majlis tersebut, sebanyak RM47,000 turut disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan dan madrasah waqaf islamiah Sabah.

Kata Mohamed Yunos, keperluan pengembangan operasi amat mendesak susulan tiga faktor utama iaitu pembelian barangan dalam talian, pertambahan jumlah barangan dan penerbangan penumpang yang kurang.

Tambah beliau, pihaknya akan menggunakan Kota Kinabalu di sini sebagai platform susulan jarak dekat dengan selatan China. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI