fbpx

Mana ada saya kena tipu beli PS5 – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz menafikan diirnya pernah ditipu penjual PS5 seperti yang didakwa sesetengah pihak.

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan bahawa dia menjadi antara mangsa penipuan membabitkan pembelian permainan konsol popular, PlayStation 5 (PS5) oleh seorang individu lelaki yang mengaut keuntungan dipercayai bernilai jutaan ringgit sejak beberapa bulan lalu.

Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia tidak pernah berurusan dengan individu terbabit untuk membeli PS5 seperti yang didakwa oleh peminat kelab permainan video tersebut.

“Mana ada. Saya tak pernah beli pun. Saya cuma ada PS4. Itu pun saya dah lama tak main (permainan video) sebab terlalu sibuk,” katanya.

Disoal sama ada dia mempunyai perancangan untuk membeli permainan video PS5, pelakon filem Jebat itu berkata, dia tidak terfikir untuk membelinya disebabkan jadual kerja yang padat.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan bahawa lebih 200 peminat tegar permainan video itu berang apabila tempahan yang dibuat dengan seorang lelaki masih gagal dipenuhi.

Lebih membangkitkan kemarahan apabila ‘wakil penjual’ didakwa bukan sahaja gagal memulangkan duit mangsa, sebaliknya terus berjanji untuk segera menyelesaikan masalah itu.

Difahamkan harga bagi seunit PS5 versi biasa adalah RM2,229 seunit, manakala harga bagi PS5 versi digital pula RM1,869 seunit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI