fbpx

Lembu ‘reda’ disolek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seekor lembu disolek oleh seorang individu tular di TikTok hari ini.

PETALING JAYA – Mungkin sudah lama tidak dapat ‘job’ solekan untuk pengantin ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini, seorang jurusolek sanggup mengenakan mekap kepada seekor lembu.

Satu klip video tular yang dikongsikan di media sosial sejak semalam menyaksikan seekor lembu telah dihias dan disolek seperti manusia.

Walaupun lokasi asal video tersebut tidak diketahui, namun difahamkan kejadian tersebut berlaku di Sabah.

Melalui perkongsian tersebut, seekor lembu telah disolek menggunakan alat ‘make up’ termasuk beberapa lagi eksesori wanita antaranya bulu mata dan maskara.

Pelbagai reaksi telah diterima dari orang ramai yang melihat video tersebut dan rata-rata menyifatkan kepakaran pesolek tersebut begitu teliti sehingga lembu juga boleh disolek dengan teliti.

“Mungkin tak ada job sungguh ni, lembu pun dimekap. Tapi ‘shaped’ yang dibuat pesolek ni nampak macam teliti. Mungkin orang yang banyak pengalaman.

” Kesian pula tengok lembu ni, ikut je orang tu buat apa dekat dia, ” jelas Abd Jalil Hamad.

“Mungkin ini satu promosi gila yang dilakukan, lawak pun ada. Paling penting lembu tu reda je kena mekup, diam je dia.

” Siap letak bulu mata palsu lagi, ni kalau ambil upah ni dah dapat beratus dah dekat tukang solek, ” kata Mardiah Johari. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI