fbpx

“Ini bukan putih, ini berminyak”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa foto wanita yang wajahnya berminyak dikongsi di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Terlampau ingin nampak cantik dan muka putih berseri, namun lain jadinya kepada wajah seorang wanita yang tular di media sosial hari ini.

Melalui beberapa keping foto yang dikongsi di Facebook ketika ini kelihatan wajah seorang wanita seolah-olah lilin dan kelihatan berminyak.

Melihat kepada beberapa komen orang ramai, ada yang menyatakan mungkin produk yang digunakan adalah produk kecantikan murah dan merbahaya.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan keadaan raut wajah wanita berkenaan meninggalkan komen agar wanita tersebut berhenti dari keinginannya untuk tampil cantik sehingga wajahnya menjadi sedemikian.

“Tidak boleh nak pegang muka dia ni, letak je tangan dekat pipi mesti jatuh punya. Tengok pun dah tahu licin macam minyak.

“Nak cantik tapi begini jadinya. Macam lilin pun ada, ini bukan putih, ini berminyak,” jelas Syazwan Zainal.

“Cukup lah pakai alat kecantikan mengarut ni, kalau boleh yang murah dan tiada kelulusan KKM (kemneterian Kesihatan) tu tak payah la pakai.

“Daripada nak putih berseri terus jadi macam hantu, ini kalau kelekatu hinggap pun melekat ni, macam lumur minyak masak,” jelas Mek Da Semail. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI