fbpx

Ibu saudara Neelofa masuk hospital akibat pneumonia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu saudara Neelofa (kanan) dipercayai menghidap jangkitan paru-paru dan kini dilaporkan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

PETALING JAYA – “Mohon jasa baik semua yang mengenali Noorlida, tolong doakan ibu tersayang saya cepat pulih seperti sedia kala.”

Itulah perkongsian usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa di laman Instagramnya semalam yang meminta orang ramai mendoakan ibu saudaranya supaya segera sembuh dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Menerusi perkongsian oleh @Noorintanz iaitu adik Noorlida, kakaknya itu kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan mesin bantuan pernafasan.

“Kakda kena ‘pneumonia’ sekarang dalam ICU pakai mesin sokongan untuk bantuan pernafasan. Minta semua doakan kesembuhan.

“Doakan dia diberikan kekuatan dan kuat, terima kasih semua atas doa untuk kakakku tercinta. Semoga Allah S.W.T membalas dengan kebaikan,” katanya di Instagram semalam.

Sementara itu, perkongsian beberapa ahli keluarga Neelofa, mereka telah melakukan majlis bacaan Yasin semalam, buat dirinya manakala saudara mara lain turut mendoakan agar ibu saudara mereka diberikan kesihatan segera.

Ibu saudara Neelofa kini dilaporkan agak lemah dan terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Difahamkan, Noorlida dan adik beradiknya dipercayai pergi bercuti ke Sabah sambil melawat ahli keluarga yang menetap di sana.

Noorlida juga terkenal di Insta Story dengan perkongsian makanan Kelantan dengan tagline ‘is the best’.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI