fbpx

Budak 10 tahun antara dua maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan basikal elektrik yang dinaiki Muhammad Adif Danial dan Ahmad Syahiran yang remuk dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi, semalam.

SETIU – Dua termasuk seorang budak lelaki berusia 10 maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta, sebuah basikal elektrik dan pejalan kaki di Jalan Bukit Putera di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.10 malam itu, Azuka Muhamad, 46, yang sedang berjalan kaki dan Muhammad Adif Danial Azman, 10, menaiki basikal elektrik mengalami cedera parah di beberapa bahagian kepala meninggal dunia di lokasi.

Manakala seorang lagi mangsa, Ahmad Syahiran Saiful Razali, 13, yang juga menaiki basikal elektrik bersama sepupunya, Muhammad Adif Danial cedera parah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata, kemalangan berlaku selepas kereta Perodua Myvi dipandu individu berusia 36 tahun disyaki tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Kereta Perodua Myvi itu kemudiannya merempuh basikal elektrik yang sedang dinaiki Muhammad Adif Danial dan sepupunya, Ahmad Syahiran dan sebuah kereta Proton Wira.

“Impak rempuhan itu menyebabkan kereta Proton Wira pula terbabas sebelum merempuh Azuka yang sedang berjalan kaki,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Affandi berkata, mayat Azuka dan Muhammad Adif Danial telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat.

Katanya, Ahmad Syahiran Saiful yang cedera parah pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI