fbpx

Imam kedua maut dirempuh imam pertama di surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Myvi yang dipandu imam pertama yang merempuh kedua-dua mangsa di pekarangan surau tersebut, semalam.

KAJANG – Angkara panik, seorang imam maut manakala seorang lagi jemaah parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lagi imam di sebuah surau di Taman Kajang Jaya, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 6.30 pagi itu mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Haji Hatim, 78, yang juga imam kedua di masjid berkenaan.

Seorang lagi mangsa iaitu jemaah masjid sama dikenali sebagai Muhammad, 76, cedera di lutut kanan dan pergelangan kaki kiri.

Warga emas itu dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Imam yang memandu Perodua Myvi tidak cedera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ketiga-tiga mereka baru selesai menunaikan solat Subuh dan mahu pulang ke rumah masing-masing di Taman Kajang Jaya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas imam pertama yang memandu Perodua Myvi sedang mengundurkan keretanya di pekarangan surau dan secara tiba-tiba terlanggar bahagian belakang kenderaan lain.

“Rempuhan itu menyebabkan beliau menjadi panik dan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh kedua-dua mangsa (imam kedua dan jemaah) yang berada di perkarangan surau,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, imam kedua disahkan meninggal di tempat kejadian manakala jemaah yang cedera dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI