fbpx

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama disebabkan pertambahan kenderaan dan kejadian kemalangan pagi ini.

Menurut laporan trafik di laman Facebook rasmi LLM, keadaan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan bergerak perlahan arah utara dari sebelum masuk Plaza Tol Rawang Selatan, manakala arah selatan dari Sungai Dua ke Perai, Sungai Buloh ke Bukit Lanjan serta Slim River ke Behrang.

Selain itu, berlaku kemalangan di kilometer (km) 32.5 arah utara di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) yang melibatkan laluan Persimpangan Senai Utara ke Lapangan Terbang Senai.

Bagaimanapun, tiada lorong terhalang dan trafik masih terkawal.

Sementara itu, di Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), trafik perlahan dari Bukit Jelutong ke Persimpangan Jalan Subang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI