fbpx

49 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 49 kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini di seluruh negara sebanyak 29,535 kes.

Data pada laman web CovidNow menunjukkan, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 14 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 5,975 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Sabah (12), Perak (9), Sarawak (7), Selangor (7), Terengganu (6), Kelantan (3), Johor (2), Kedah (1), Pahang (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 63,827 kes aktif melibatkan 49,714 kes dikuarantin di rumah, 7,945 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,630 kes di hospital, 264 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 274 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Daripada 6,323 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,568 kes), Kelantan (678 kes), Johor (649 kes), Sabah (579 kes), Sarawak (409 kes), Pahang (403 kes), Kedah (351 kes), Kuala Lumpur (339 kes), Pulau Pinang (276 kes), Negeri Sembilan (275 kes), Perak (246 kes), Terengganu (223 kes), Melaka (157 kes), Putrajaya (84 kes), Perlis (60 kes) dan Labuan (25 kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI