fbpx

‘Tangga ke bilik hotel tunggu masa terbelah dua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan hotel lima bintang di Kuala Terengganu yang usang dikongsikan oleh pelanggan di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Tidak habis isu harga ikan Siakap yang boleh buat bayar duit muka Perodua Axia, kini timbul pula isu lain juga membabitkan sektor pelancongan.

Nampaknya, setelah pembukaan sektor pelancongan ini, pelbagai isu yang timbul, boleh diibaratkan penantian untuk bercuti selama ini hancur berkecai.

Satu perkongsian di media sosial berhubung kualiti sebuah hotel lima bintang di Kuala Terengganu cukup membuatkan orang ramai hilang ‘selera’ untuk bertandang ke hotel tersohor itu.

Menerusi perkongsian tersebut, seorang pelanggan mendedahkan pengalamannya ketika bercuti ke negeri Pantai Timur itu dengan menyewa hotel terbabit pada harga RM380 satu malam.

Jelasnya, hotel tersohor itu hanya indah pada nama namun kualiti serta layanan yang diberikan oleh pihak hotel terbabit tersangat buruk.

“Kami tinggal lima hari empat malam. kami sampai awal pukul 2.30 petang. Terpaksa tunggu, pukul 3 petang, masih tak boleh juga check-in. Bilik belum sedia, hinggalah pukul 4 petang baru dibenarkan daftar masuk (check-in),” tulisnya.

Katanya lagi, untuk ke bilik, kereta buggy cuma satu sahaja yang bergerak dan kena tunggu seketika kerana ada lagi pelanggan yang tidak dibawa ke bilik.

“Kami tempah untuk katil bersaiz King, bila sampai dapat katil single dua biji. Dah masuk bilik, nak mandi tengok tuala tiada.

“Tandas dia, lumut hitam berdaki dekat dinding. Rak sinki pun buruk, lagi kecewa buka pili air nak mandi. Tak sampai beberapa saat air dah bertakung. Tandas nak berak pun kena flush banyak kali.

“Cermin pintu bilik dekat bahagian beranda pun pecah. Beranda juga menakutkan, rumput panjang dah memanjat beranda, macam tak terjaga. Beranda kotor, tahi cicak, tompokan sisa kotoran,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, katanya kerusi meja untuk lepak dekat beranda juga tiada. Penghawa dingin jelasnya sekejap sejuk sekejap panas.

“Tangga nak ke bilik retak, tunggu masa nak terbelah dua. Bila pijak tangga bergoyang-goyang. Pagi tu siap ada tahi kucing lagi dekat tangga.

“Suasana malam memang lagi menakutkan, dekat laman cuma ada lampu seketul dua. Sebelah ada blok yang dah tak guna, terbiar kosong. Lima hari empat malam yang tidak seronok,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI