fbpx

SOP berkesan, tiada aduan penularan Covid-19 di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Saidi (tiga dari kanan) bersama barisan penerima anugerah pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan CEO@PolyCC di kampus Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Tiada laporan berkaitan kes penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam di Perak dilaporkan sejak sesi persekolahan dibuka 1 November lalu.

Ini merupakan petunjuk positif bahawa langkah-langkah kawalan sewajarnya yang dilakukan oleh pihak sekolah ketika ini mengikut pematuhan (SOP) ditetapkan berkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, sesi persekolahan bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) turut berjalan lancar.

Menurut beliau, sehingga kini juga belum ada laporan berkenaan sekolah ditutup disebabkan kes penularan wabak Covid-19 di Perak.

“Alhamdulilah, peratusan kadar vaksinasi bagi program Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) untuk pelajar sekolah mencatatkan hasil yang sangat memberangsangkan.

“Kadar vaksinasi remaja di Perak sudah mencatatkan lebih 90 peratus di mana pelajar-pelajar yang sudah menerima suntikan bersedia untuk kembali ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan CEO@PolyCC dan Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar 2021 di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Saidi berkata, kerajaan negeri akan mengikut dasar dan polisi yang ditetapkan Kementerian Pendidikan berhubung guru-guru yang enggan mengambil suntikan vaksin.

Katanya, sekiranya guru-guru tidak dapat hadir ke sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan mencari guru ganti sama seperti sewaktu guru cuti bersalin atau mempunyai masalah kesihatan bagi mengisi kekosongan sementara.

Sehubungan itu menurut Ahmad Saidi, JPN sedang memperhalusi cara untuk menggantikan guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI