fbpx

Rice terbaik di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rice (kiri) berada pada prestasi terbaik membantu melonjakkan West Ham setakat ini. – AFP

LONDON – Bekas pemain pertahanan England, Rio Ferdinand mengakui bahawa bintang West Ham United, Declan Rice layak untuk digelar sebagai pemain tengah terbaik negara itu ketika ini.

Ia ekoran aksi cemerlangnya bersama kelab berkenaan yang kini menduduki tangga ketiga saingan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Liverpool 3-2 pada aksi kelmarin.

Ferdinand yang juga merupakan bekas pemain The Hammers sebelum ini percaya bahawa prestasi Rice semakin baik dan menonjol selepas beraksi dalam saingan Euro 2020 sebelum ini.

“Tidak ada yang boleh menafikan bahawa dia merupakan pemain tengah terbaik England ketika ini. Dia menguasai permainan dan beraksi dengan cukup matang, Euro 2020 benar-benar membuatkan dirinya berubah.

“Cara dia mengawal bahagian tengah pasukan, mengubah kepantasan gerakan sangat menakjubkan. Anda boleh merujuk aksi ketika menentang Newcastle, walaupun masih muda, kematangannya sangat memukau,” katanya.

Ferdinand mengakui, kemampuan yang dimiliki Rice menyebabkan dia diburu oleh banyak kelab gergasi sekali gus menyebabkan keinginannya untuk kekal di West Ham sedikit goyah.

“Berdasarkan pengalaman, saya fikir saya cukup bagus ketika di West Ham dan merasakan perlu mencari kelab baharu yang hebat untuk meningkatkan tahap saya. Declan juga merasakan perkara yang sama.

“Namun, West Ham kini berada di kedudukan ketiga, untuk apa dia berhijrah? Kalaupun dia perlu pergi, kelab yang mahukannya perlu membayar dengan jumlah yang besar,” jelasnya.

Rice dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United ketika kelab itu benar-benar terdesak untuk mendapatkan pemain tengah bertahan yang bagus bagi memulihkan prestasi mereka.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI