PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkan sembilan negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Terengganu ialah Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Di Selangor, kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
“Dijangka semua kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Johor akan berdepan cuaca ribut petir malam ini,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, amaran yang sama turut melibatkan kawasan di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah Rembau, Jempol dan Tampin.
Bagi Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching (Lundu dan Kuching), Sibu (Selangau), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pendalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Kinabatangan). – K! ONLINE