fbpx

PRN Melaka: BN lancar manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

MELAKA – Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bertemakan ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’.

Timbalan Pengerusi BN merangkap Pengarah Pilihan Raya PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto BN tersebut merangkumi lima teras utama.

Menurut beliau, teras pertama adalah mengekalkan kestabilan politik menerusi agenda meraikan politik yang matang.

“Teras kedua merealisasikan lonjakan ekonomi baharu menerusi kekuatan ekonomi sedia ada di Melaka. Teras ketiga bertekad meningkatkan kecekapan tadbir urus kerajaan.

“Teras keempat berjanji untuk terus memelihara keharmonian masyarakat bersatu padu yang terdapat di bumi Melaka.

“Teras kelima adalah agenda untuk menjayakan pembangunan mampan dan perkongsian kemakmuran bersama rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Manifesto BN untuk PRN Melaka yang diadakan secara hibrid dari Bilik Gerakan Utama BN di Taman Botanikal di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI