fbpx

Polis Papar buru 7 tahanan lari dari depoh tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memburu tujuh tahanan lelaki yang masih bebas ekoran melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Papar awal pagi hari ini.

PAPAR – Polis daerah ini memburu tujuh tahanan lelaki yang masih bebas ekoran melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Papar, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, semua tahanan berkenaan melarikan diri dengan merosakkan bumbung tandas pusat tahanan terbabit sebelum memotong pagar pusat tahanan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, menurut laporan awal, seramai 14 tahanan dilaporkan melarikan diri namun tujuh tahanan berjaya ditahan semula setakat pukul 10.30 pagi tadi di sekitar kawasan DTI berkenaan.

“Gerakan operasi mengesan baki tahanan yang melarikan diri sudah dilancarkan sejak awal lagi tadi.

“Operasi turut dibantu Jabatan Imigresen (JIM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), unit anjing pengesan K9 dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati semua tahanan yang melarikan diri berusia 22 hingga 43 tahun itu tinggal di blok tengah dan memanjat bumbung setinggi hampir dua meter sebelum memotong pagar sebelum bertindak melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI