fbpx

Pogba terlepas aksi bersama Perancis akibat cedera paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA (kanan) mengalami kecederaan paha ketika sesi latihan bersama Perancis menyebabkan dia mungkin terlepas aksi menentang Kazakhstan dan Finland. – AFP

PARIS – Khabar kurang baik buat pasukan Perancis apabila pemain tengah, Paul Pogba mengalami kecederaan paha menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Kazakhstan dan Finland.

Menerusi satu rakaman video, pemain Manchester United itu dilihat memegang paha kanannya selepas menyepak bola ketika sesi latihan dan terpaksa meninggalkan padang bersama doktor pasukan, Franck Le Gall.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), Pogba terpaksa diketepikan dan digantikan dengan pemain tengah AS Roma, Jordan Veretout.

“Paul Pogba terpaksa digugurkan daripada skuad Perancis dalam dua perlawanan akan datang menentang Kazakhstan dan Finland. Pemain berkenaan mengalami kecederaan paha ketika menjalani latihan,” kata pasukan itu.

Sementara itu, jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps berharap skuad kendaliannya tidak mengambil mudah dua aksi tersebut biarpun hanya memerlukan satu kemenangan untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Apa yang paling penting sekarang adalah untuk mencapai sasaran kami layak ke pu­singan akhir Piala Dunia. Semua pemain perlu bekerja keras bagi memastikan ia dapat direa­lisasikan.

“Kami tidak boleh fikir sudah layak ke pusingan akhir kerana akan bertemu Kazakhstan. Saya tidak mahu pemain-pemain memandang rendah kemam­puan pasukan lawan tidak kira dengan siapa kami bertemu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI