fbpx

‘Pengundi tolak calon mi segera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. MUHAMAD AKMAL memasukkan risalah mengenai dirinya ke dalam peti surat sebuah rumah di Taman Ayer Merbau Jasin semalam.

MELAKA – Media sosial adalah platform penting dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berikutan larangan berkempen secara bersemuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi Calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh, selain media sosial, beliau turut menggunakan kaedah lama dengan mengedarkan risalah kempen dari rumah ke rumah.

“Flyers itu antara lain me­ngandungi profil saya sebagai calon BN DUN Merlimau. Maklumat tentang diri termasuk tentang latar belakang untuk perhatian pengundi.

“Kali ini kita kena berkempen dengan mematuhi norma baharu.­ Tidak boleh berjumpa pengundi secara bersemuka. Kita patuh SOP dengan masukkan flyers­ dalam peti surat atau selitkan di bawah pintu rumah penduduk,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Mengulas peluangnya memenangi PRN Melaka, Muhamad Akmal berkata, beliau sangat positif berhubung perkara tersebut ke­rana dirinya telah lama bersama masyarakat Merlimau.

Beliau yang merupakan doktor perubatan di sebuah klinik di daerah itu berkata, pengundi Merlimau kini lebih bijak dalam menilai tentang calon wakil rak­yat mereka.

Menurut graduan perubatan Russian State Medical University itu, pengundi Melaka mahukan pemimpin yang berada bersama mereka bukan saja di musim pilihan raya.

“Pengundi tidak mahu pe­mimpin ‘mi segera’, sebaliknya pemimpin yang telah ada rekod bekerja dan alhamdulillah saya memang berbakti untuk penduduk Merlimau.

“Peluang untuk menang insya-Allah, tetapi masih perlu melakukan perancangan dan gerak kerja yang teliti,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI