fbpx

Pemandu e-hailing tamak masuk jerat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki disyaki transporter ditahan anggota Maritim Selangor selepas dipercayai bersekongkol dengan sindiket penyeludupan PATI di Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini.

KLANG – Sikap tamak seorang pemandu e-hailing mengaut keuntungan dengan membawa pen­datang asing tanpa izin (PATI) sejak setahun lalu memakan diri apabila dia diberkas pihak berkuasa baru-baru ini.

Lelaki tempatan ber­usia da­lam lingkunga 30-an itu di­tahan dalam operasi khas oleh sepasukan anggota Maritim Malaysia (APMM) Selangor pada pukul 1.26 tengah hari, Jumaat lalu berhampiran sebuah bank di Pelabuhan Klang di sini.

Tangkapan ke atas duda anak empat itu dibuat selepas dua anggota APMM dan wartawan Kos­mo! membuat tempahan de­ngan menyamar sebagai penum­pang.

Semasa berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) itu, anggota APMM memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa.

Selain itu, sebuah kende­raan dinaiki pasukan APMM turut menghalang MPV tersebut bagi mengelakkan suspek meloloskan diri.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, penahanan ke atas suspek dibuat selepas pihaknya menjalankan risikan dan siasatan terhadap PATI yang ditangkap sebelum ini.

“Hasil siasatan awal, suspek dipercayai menjadi transporter atau pengangkut bagi sindiket penyeludupan PATI didalangi warga Indonesia yang berada di negara ini sejak setahun lalu.

“Tugas suspek adalah menghantar PATI ke lokasi-lokasi pelepasan yang telah ditetapkan oleh ejen,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Menurut beliau, suspek me­nerima upah RM50 bagi satu kepala untuk penghantaran di sekitar Lembah Klang.

Sebelum tangkapan dibuat, suspek dipercayai telah menghantar lapan PATI menggunakan kenderaannya ke lokasi yang diarahkan.

Difahamkan, suspek sebelum ini merupakan bekas penga­wal peribadi seorang orang kena­ma­an bergelar Datuk.

Mengulas lanjut, Mohd. Rosli memberitahu, suspek menerima tempahan menerusi aplikasi e-hailing yang dilakukan oleh ejen bagi menghantar PATI.

“Upah yang tinggi membuatkan suspek gelap mata dan meneruskan kegiatan haram sebagai transporter sebagai sumber pendapatan tambahan.

“Selain menjadi transporter, suspek turut melakukan kerja hakiki sebagai pemandu e-hai­ling,” katanya.

Ujar beliau, komplot pemandu e-hailing dan sindiket merupakan taktik terbaharu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kita memberikan amaran kepada mana-mana individu agar tidak terlibat dalam sindiket PATI atau berdepan tindakan tegas,” katanya.

Hati-hati Tambah beliau, mereka yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan PATI boleh dike­nakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI