PETALING JAYA – Nestle memberi peluang kepada lima orang yang bertuah untuk melawat ladang kopi sebenar di Kedah menerusi Peraduan Nescafe Jom Semai Kopi! yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2021.
Pegawai Eksekutif Perniagaan Minuman, Nestle (Malaysia) Berhad, Othman Chraibi berkata, Program Nescafe Disemai Dengan Kasih melalui inisiatif Nescafe Classic Kopi Kedah adalah projek penanaman kopi lestari yang bertujuan memulihkan semula sektor perladangan kopi dan meningkatkan taraf hidup peladang.
“Sehingga kini, program tersebut sudah memberi latihan kepada 200 peladang dan menanam lebih daripada 170,000 anak benih,” katanya dalam kenyataan.
Othman menjelaskan, untuk menyertai program berkenaan, orang ramai hanya perlu membeli Nescafe Classic Kopi Kedah edisi 2021 dan mengimbas kod QR yang terletak dalam pek pembungkusan untuk menyertai Lawatan Ke Ladang Kopi Secara Maya menerusi pengalaman Realiti Terimbuh atau Augmented Reality (AR).
Aplikasi AR ini menyediakan pelbagai penapis muka yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar kreatif.
“Sambutan terhadap Nescafe Classic Kopi Kedah pada tahun lepas adalah amat memberangsangkan sehingga ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang inisiatif penanaman kopi tempatan.
“Ini telah menimbulkan idea untuk membawa pengguna ke ladang kopi sebenar,” ujarnya.