fbpx

MOU perkastaman tingkatkan dagangan Malaysia-Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA dan Indonesia memuktamadkan MoU dalam sektor perkastaman yang ditandatangani Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan Sri Mulyani Indrawati di Istana Bogor, Indonesia. - FOTO MOF

PUTRAJAYA – Malaysia dan Indonesia hari ini memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MOU) dalam sektor perkastaman yang dijangka meningkatkan lagi perdagangan dua negara.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan di sini berkata, pemeteraian MoU itu melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Indonesia.

“Ia ditandatangani oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan rakan sejawatannya dari republik itu, Sri Mulyani Indrawati di Istana Bogor, Indonesia,” katanya.

Majlis berkenaan turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka kerja lawatan rasmi ke negara tersebut dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Dengan termeterai MOU itu ujar kementerian berkenaan, hubungan antara Malaysia dan Indonesia dari segi pentadbiran dan penguatkuasaan perkastaman akan terus diperkasakan.

Pelaksanaan MOU itu juga ujarnya, menguntungkan pengeksport dan pengimport kedua-dua negara, sekali gus bakal menyumbang peningkatan perdagangan Malaysia dengan Indonesia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI