fbpx

Malaysia akan hasilkan vaksin Covid-19 dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang melaksanakan kerjasama pembangunan vaksin Covid-19 jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) melalui rundingan dengan University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan University of Chulalongkorn, Thailand.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, rundingan tersebut kini berada dalam kajian klinikal fasa 2 dan 3 dan ia turut memberi penekanan melibatkan elemen pemindahan teknologi dan kepakaran.

Beliau berkata, kementerian menyediakan dana dalam bentuk geran yang bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dalam memerangi dan membendung pandemik Covid-19.

“Setakat ini sekitar RM15 juta diperuntukkan khusus untuk pembangunan R&D berkaitan Covid-19 dan dana khas untuk Covid-19 juga diwujudkan iaitu MOSTI Combating Covid-19 Fund.

“Buat masa ini, kajian vaksin Covid-19 sedang dilaksanakan oleh beberapa institusi, antaranya Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) di bawah Universiti Malaya; Universiti Putra Malaysia; Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM; dan Institut Penyelidikan Veterinar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd Hatta Ramli (PH- Lumut) yang meminta kerajaan menyatakan usaha kementerian untuk terus menggalakkan pemain tempatan terlibat dalam pengeluaran vaksin Covid-19 dan apakah insentif yang disediakan kepada pemain industri ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI