fbpx

Lari rumah pukul 5 pagi sebab telefon dirampas kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video oleh seorang wanita mengenai adik perempuannya yang didakwa melarikan diri dari rumah gara-gara telefon bimbitnya dirampas pada pukul lima pagi.

PETALING JAYA – Tular sebuah video seorang kanak-kanak perempuan didakwa melarikan diri dari rumah pukul lima pagi dipercayai kerana telefon bimbitnya dirampas oleh kakaknya semalam.

Menerusi perkongsian video oleh seorang wanita di laman aplikasi TikTok, kelihatan kanak-kanak perempuan itu melarikan diri dengan berkaki ayam tanpa menghiraukan panggilan kakaknya.

Berdasarkan video berdurasi 32 saat di TikTok, kanak-kanak perempuan yang bersama seorang lagi budak lelaki dilihat berlari di satu kawasan perumahan pada pukul 5 pagi.

Menerusi tinjaun Kosmo! di ruangan komen, rata-rata orang ramai menasihati supaya ibu bapa kanak-kanak tersebut  lebih tegas dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka.

“Pandai nak lari rumah, teringat adik saya waktu dia enam tahun saja marah, selepas itu dia ambil beg sekolah terus nak lari rumah,” kata @Zanzalieka.

“Bila dah lari rumah, mesti akan ada lagi untuk kali kedua, kena tegas lagi awak risau tengok budak-budak sekarang macam ini,” jelas @Imran_isha.

“Saya dulu pernah lari rumah selama dua hari, selepas itu saya balik rumah tiba-tiba mak tanya kenapa balik? terus sentap hati saya,” ujar @Nopale4y5.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih satu juta tontonan dan 71,500 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI