fbpx

Kes naik di Putrajaya, Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan sejak sebulan lalu, kes Covid-19 dilaporkan meningkat di Putrajaya dan Kelantan.

Kemasukan ke hospital juga meningkat di Terengganu memandangkan dua Pusat Rawatan dan Rawatan Co­vid-19 (PKRC) ditutup di negeri itu.

Di Putrajaya, Pegawai Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Dr. Zainal Abidin Abu Bakar berkata, trend peningkatan kes telah meningkat sejak dua ming­gu lalu.

“Analisis kes positif berdasarkan faktor risiko jangkitan mendapati majoriti membabitkan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 lain iaitu sebanyak 67.8 peratus, manakala selebihnya adalah jangkitan sporadik (32.1 peratus),” jelasnya.

Tambah Zainal, secara keseluruhan, kes kumulatif terkumpul di Putrajaya mencecah 7,293 kes setakat kelmarin.

Bagaimanapun, tiada kematian direkodkan kelmarin, malah tiada juga kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Di Kelantan pula merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 820 kes kelmarin iaitu peningkatan melebihi dua kali ganda berbanding tiga hari lalu dengan 376 kes.

Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pulang ke kampung dan berkumpul bersama ahli keluarga semasa cuti umum Deepavali minggu lalu dipercayai punca pe­ningkatan kes jangkitan negeri itu.

“Saya akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Kese­lamatan Negara esok untuk me­ngenal pasti punca sebenar kenaikan jangkitan Covid-19 di negeri ini yang sering mencatatkan peningkatan,” ujar beliau.

Di Terengganu, penutupan dua PKRC menjadi penyebab kadar penggunaan katil bagi pesa­kit positif Covid-19 di Terengganu pada kadar tertinggi 84 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Ke­sihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak menjelaskan, penutupan PKRC Stadium Negeri dan PKRC Pusat Latihan Darul Iman, Kemaman baru-baru ini menyebabkan semua pesakit tanpa mengikut kategori terpaksa dipindahkan ke wad hospital.

“Itu sebabnya penggunaan katil di wad hospital meningkat mendadak sehingga melebihi 80 peratus sejak akhir-akhir ini.

Sementara itu, di Klang, Se­langor, Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di ICU masih terkawal setakat ini.

Katanya, pemerhatian pihak­nya mendapati sebanyak 10 kes harian diterima melibatkan pesakit kategori berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI