fbpx

Kejutan berani MIKE Yung Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANPA sebarang signal, penyanyi rap yang juga komposer berbakat dari Singapura, Yung Raja tampil dengan sebuah EP baharu berjudul MIKE yang mengandungi tiga buah lagu.

PENYANYI berbakat besar kelahiran Singapura, Yung Raja muncul dengan Extended Play (EP) perdana berjudul MIKE yang mengejutkan ramai para peminatnya.

Masakan tidak, album tersebut diluncurkan tanpa memberi sebarang ‘signal’ kepada penggemar muziknya dan dilancarkan 22 Oktober lalu.

Mengandungi tiga buat trek iaitu SHEESH (Godspeed), SHMOKE dan MIKE, EP berkenaan menampilkan sisi inovatif dan fleksibel penyanyi pemilik nama lengkap Rajid Ahamed itu.

Seorang yang bijak bermain dengan kata-kata, kebolehannya menggabungkan bahasa Inggeris dan bahasa Tamil tiada tandingan, MIKE terus mengangkat seni muzik Yung Raja ke tahap lebih tinggi dari segi permainan kata, keyakinan dan kemahirannya.

“Projek ini berasal dari sudut jiwa saya yang belum pernah diterjemahkan di atas kertas,” katanya dalam satu kenyataan media.

Yung Raja menyifatkan MIKE sebagai titik penting dalam kerjayanya yang diharapkan bakal menjadi pemangkin untuk dirinya terus memajukan dirinya sebagai artis hip hop dwibahasa yang berkembang pesat di Asia Tenggara.

Muzik seronok, riang

Sedari awal, lagu yang turut menjadi judul EP ini mengandungi ciri-ciri khas karya Yung Raja iaitu merujuk kepada budaya pop Barat – dari batu permata hingga ke jenama mewah Gucci, ruang melepak hingga ke imaginasi kendirinya terhadap Gigi Hadid dengan jalinan bunyi dan lirik yang berakar umbi pada identitinya yang berbangsa Tamil dari Selatan India.

Kata Yung Raja, dia berasa sangat luar biasa berkesempatan mengukir dan menyusun kembali sempadan antara aspirasi harian dan barang berharga.

Biarpun masih mengekalkan subjek yang sama, Yung Raja menawan hati peminat dengan hala tuju muzik baharu yang menampilkan produksi muzik yang eksentrik dan penuh gemilang menerusi garapan rentak ‘trap’.

Bukan itu sahaja, skala muzik India Selatan turut disuntik dengan cemerlang demi mempersiapkan pendengar dalam menjangka perubahan yang bakal mendatang.

Yung Raja yang bijak dalam menyuntik keseronokan dan keriangan dalam muziknya mengukuhkan lagi kehadirannya dalam industri muzik menerusi MIKE, sekali gus menjadikan peminat sentiasa menunggu langkah seterusnya pada masa hadapan.

“Ketiga-tiga lagu ini adalah kisah saya. Kisah bagaimana saya berusaha untuk terus maju,” ulas Yung Raja mengenai EP sulungnya itu.

Kata Yung Raja, EP ini turut memaparkan apa yang disebutkan rapper ini sebagai ‘bahagian yang sangat menarik’ dalam hidupnya.

Berasa bebas

MIKE yang turut diangkat sebagai judul lagu dan salah sebuah lagu dalam EP ini bukan hanya penuh dengan keberanian dan keterujaan dalam mencari keseronokan, bahkan sikap berjiwa kental iaitu sesuatu yang kian ditemui dalam dirinya kebelakangan ini.

“Saya banyak belajar dalam proses membuat projek ini. Saya tidak pernah berasa sebebas ini dalam hidup, pemikiran dan ekspresi saya.

“Begitu pentingnya meletakkan sesuatu itu pada perasaan kita dan bukannya pada apa yang ‘betul’ semata-mata,” tegasnya.

MIKE mendapat sentuhan penerbit Flightsch & RIIDEM, menyerikan lagi portofolio seni Yung Raja untuk tahun ini.

Yung Raja yang sebelum ini mencuri perhatian peminat genre hip hop menerusi lagu seperti Mustafa pernah dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 artis sedang meningkat naik oleh majalah, NME pada tahun ini.

Terdahulu, single hitnya Spice Boy berjaya menduduki carta Spotify Viral 50 Singapura dan Malaysia dalam tempoh sehari selepas dilancarkan.

Sebuah lagi single dendangannya berjudul Mami turut menjadi sebutan pengacara Jimmy Fallon secara langsung menerusi sebuah rancangan televisyen Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI