fbpx

Hoki: Terengganu belasah Kedah sembilan gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FITRI (tengah) berjaya menjaringkan dua gol buat Terengganu dalam kemenangan 9-0 ke atas Kedah pada aksi Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional hari ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Terengganu tidak mengambil masa lama untuk mempamerkan taring sebenar apabila berpesta gol membelasah Kedah 9-0 pada aksi pertama Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Ia menyaksikan gergasi hoki dari Pantai Timur itu berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran mara ke final meskipun kali ini beraksi tanpa kehadiran pemain-pemain berstatus kebangsaan.

Ketua jurulatih Terengganu, K. Rajan tidak menjangka anak-anak buahnya mampu memenangi perlawanan pertama dengan sembilan gol walaupun dibarisi ramai pemain muda untuk edisi tahun ini.

“Biasanya aksi pertama susah sikit tetapi ini adalah permulaan yang baik biarpun ada juga beberapa kesilapan dilakukan. Hari ini saya lebih mahu melihat kepada prestasi pemain.

“Awalnya semasa latihan dapat lihat jurang antara pemain muda dan senior. Pemain muda tak berani tetapi sekarang mereka tahu apa nak buat apabila terima bola.

“Paling penting apabila mereka dapat berikan aksi terbaik hari ini. Sasaran ssama macam tahun-tahun sebelum ini iaitu masuk final dahulu,” katanya selepas tamat perlawanan.

Muhammad Sufi Ismat Rohulamin membuktikan dia mampu mengisi kekosongan penyerang prolifik skuad kebangsaan, Faizal Saari apabila meledak hatrik dalam aksi itu.

Enam lagi gol Terengganu dijaringkan dua oleh Mohd. Fitri Saari dan masing-masing satu daripada Muhammad Alif Izham Abdullah, Che Nur Aqilrullah Che Mohd. Khairulzi Anwar, Muhamad Amirul Mirza Rozi seta Nukman Hakim Mohammad.

Esok, Terengganu akan meneruskan aksi kedua Kumpulan B menentang Melaka yang turut mencatat kemenangan bergaya 5-1 ke atas Perlis petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI