LONDON – Lagenda bola sepak England, David Beckham menggunakan kemahiran tendangan bebasnya untuk menghasilkan sebuah lukisan pokok krismas dengan cara menendang bola sepak bersalut cat ke arah sebuah kanvas, lapor akhbar The Sun semalam.
Beckham, 46, turut menanggalkan bajunya ketika sedang mengambil posisi untuk mencipta ‘hasil seni’ berwarna-warni tu.
“Memulakan sambutan Krismas dengan penuh bergaya . Siapa kata bola sepak bukan seni?’’ tulisnya di Instagram.
Isterinya, Victoria, kemudiannya secara berseloroh membalas, “Bila anda mahu mula membuat kad Krismas keluarga?’’. – Agensi