TAMPIN – Tiga buah keluarga di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, di sini, terpaksa dipindahkan ke dewan susulan kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan sejak lewat petang tadi.
Difahamkan hujan lebat lebih sejam menyebabkan air sungai melimpah dan banjir kilat bermula sekitar pukul 6.30 petang tadi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin, keluarga berkenaan dipindahkan ke dewan sebagai langkah berjaga-jaga serta atas faktor keselamatan.
Dianggarkan lebih 10 buah rumah terjejas di perkampungan berkenaan akibat banjir kilat tersebut.
Turut terjejas dalam banjir berkenaan ialah sebuah tabika serta surau. – K! ONLINE.