fbpx

Anggota polis cedera dilastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar Othman

TAIPING – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal cedera pada mata kiri setelah dilastik lelaki dalam kejadian di Kampung Tersusun Sungai Kerang, Padang Gajah di sini semalam.

Kejadian pada pukul 8.05 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 33 tahun sedang mengesan suspek kes mendatangkan cedera dengan senjata.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Datuk Anuar Othman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan rakan setugas dari Balai Polis Padang Gajah membantu pegawai penyiasat mengesan suspek berusia 58 tahun.

Katanya, apabila sampai di rumah suspek, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan tidak membuka pintu.

“Suspek telah bertindak melastik batu bertubi-tubi ke arah mangsa hingga terkena pada mata kiri dan belakang kepala.

“Akibat serangan itu, anggota terbabit rebah dan mengalami luka pada mata sebelah kiri dan belakang kepala,” katanya di sini hari ini.

Menurut Anuar, mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Kerang untuk mendapat rawatan awal sebelum dirujuk je Hospital Taiping.

Katanya, rakaman percakapan anggota terbabit telah diambil manakala suspek pula ditahan untuk siasatan lanjut.

“Suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI