fbpx

Anggota JPJ fasih bahasa Jawa tarik perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan anggota JPJ berbahasa Jawa dengan seorang pemandu.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan pendekatan advokasi mengenai keselamatan jalan raya dengan menggunakan bahasa Jawa tarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi sebuah video berdurasi 2 minit 18 saat yang dikongsi di Facebook Majlis Keselamatan Jalan Raya memaparkan seorang pegawai JPJ fasih berbahasa Jawa bersama seorang pemandu lori semasa program advokasi keselamatan jalan raya yang diadakan di Ulu Tiram, Johor.

Menurut hantaran itu, JPJ melalui Bahagian Keselamatan Jalan Raya mengambil inisiatif tersebut bagi menarik minat pengguna jalan raya sekaligus memudahkan mereka untuk memahami peraturan keselamatan jalan raya.

“Di Johor ada beberapa kawasan di mana penduduknya boleh berbahasa Jawa jadi kita ambil pendekatan ini supaya mereka mudah faham.

“Komunikasi seperti ini juga secara tidak langsung merapatkan hubungan antara pegawai JPJ dengan orang awam,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati, orang ramai memuji usaha JPJ untuk berkomunikasi dengan pengguna jalan raya.

“Bukan biasa-biasa, serba boleh pegawai JPJ ini,” kata Nur Hasanah.

“Syabas, seronok tengok anggota JPJ fasih bahasa Jawa,” kata Musa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI