fbpx

223 laporan enggan vaksin di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (kanan) beramah mesra bersama pesara polis pada Majlis Meraikan Persaraan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis Dan Pegawai Awam Tahun 2021 di IPD Kuala Kangsar hari ini.- Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

KUALA KANGSAR: Polis menerima 223 laporan daripada individu di seluruh Perak berhubung keengganan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan tersebut dibuat mewakili diri dan keluarga masing-masing dengan pelbagai alasan termasuk keselamatan diri.

“Antara sebab mereka tidak mahu divaksin adalah kerana tidak yakin selain menyatakan hak untuk menolak suntikan tersebut.

“Mereka juga tidak berpuas hati kerana dikenakan sekatan tertentu oleh kerajaan termasuk tidak dibenarkan rentas negeri dan daerah serta memasuki premis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Meraikan Persaraan Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak 2021 Zon 2 di Kompleks Perumahan PDRM Kuala Kangsar di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 105 orang pesara dan bakal pesara zon 2 diraikan meliputi daerah Kuala Kangsar, Taiping, Sungai Siput, Kerian, Selama, Gerik dan Pengkalan Hulu.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, hampir 100 peratus pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Malah katanya, sebahagian besar mereka juga telah menerima dos penggalak vaksin berkenaan.

“Di Perak boleh dikatakan 100 peratus dan ramai juga yang telah mengambil dos penggalak,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI