fbpx

West Ham sasar lolos ke kelompok elit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KURT ZOUMA meledak gol ketiga West Ham ketika mereka meraih kemenangan dengan mengatasi Liverpool 3-2 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Kejayaan mengatasi Liverpool 3-2 awal pagi semalam menyaksikan Pengurus West Ham United, David Moyes mula menyasarkan untuk pasukan itu berada dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, Moyes me­ng­akui pasukannya itu belum mampu untuk menjadi pencabar kejuaraan, tetapi kemenangan itu menyaksikan West Ham kini berada di kedudukan lebih atas berbanding The Reds.

“Saya mahu sentiasa bersikap positif, saya lebih gemar katakan apa yang kami mampu lakukan.

“Kami tidak akan terbawa-bawa tetapi perasaan kini adalah cukup baik. Saya adalah pengurus yang sama seperti ketika di Everton, namun masih perlu bekerja untuk menyerlahkan diri dan tampil lebih baik.

“Kami semua perlu terus mencuba dan pamerkan peningkatan. Saya harap dan yakin masanya akan tiba dan buat masa sekarang, saya miliki pemain yang hebat serta memiliki karakter,” katanya.

Dalam masa sama, Pablo Fornals juga menjelaskan, pasukan kini berada dalam situasi terbaik untuk terus berjuang dalam setiap perlawanan.

“Saya tidak tahu dan ia terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, kami akan terus berjuang dalam setiap perlawanan seperti yang sudah kami lakukan,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI