fbpx

Tuah vaksin, pelajar jadi jutawan sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhu merupakan satu-satunya pemenang cabutan bertuah itu di Australia. - 7 News

CANBERRA – Seorang pelajar memenangi hadiah wang tunai berjumlah AS$ 1 juta (RM4.15 juta) selepas menjadi salah seorang daripada lebih 2.7 juta individu di Australia yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Joanne Zhu, 25, memenangi hadiah utama kempen Million Dollar Vax yang dijalankan di negara itu bagi menggalakkan lebih ramai warga Australia untuk mendapatkan suntikan pelalian terhadap Covid-19.

“Adakah saya sedang bermimpi? Saya tidak mempercayainya,” kata wanita itu kepada stesen berita tempatan, NEWS 7.

Zhu berkata dia sedang bekerja ketika mendapat berita menggembirakan itu selain menjadi satu-satunya individu di Australia yang memenangi hadiah tersebut.

Wanita itu mahu berkongsi hadiah tersebut bersama rakan-rakan dan ahli keluarganya yang menetap di China dan sudah tidak ditemuinya sejak dua tahun lalu akibat penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19.

“Sekiranya sempadan negara sudah dibuka, saya mahu menerbangkan ahli keluarga saya dari China dan menaja penginapan mereka di hotel lima bintang bersempena Tahun Baru Cina,” katanya.

Perikatan Million Dollar Vax diwujudkan oleh sekumpulan dermawan dan syarikat untuk meningkatkan kadar vaksinasi dengan menawarkan hadiah lumayan.

Perikatan itu menyerahkan sejumlah AS$4.1 juta (RM17.03 juta) kepada lebih 3,100 individu yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI