fbpx

Tok Gajah akur berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOLLAH tidak dapat menahan kekecewaan selepas skuad Tok Gajah tewas 1-2 kepada Sarawak United di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh terpaksa berputih mata selepas gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Sarawak United dalam aksi Kumpulan A saingan Piala Malaysia kelmarin.

Pada aksi tersebut, skuad Tok Gajah berjaya mendahului saingan menerusi ledakan Kenny Athiu pada minit ke-13 sebelum pasukan pelawat bangkit me­rampas tiga mata penuh hasil jaringan Sandro da Silva (m-30) dan Abdul Rahim Abdul Razak (m-90).

Lebih parah, keputusan tersebut menutup segala ruang buat pasukan Tok Gajah meloloskan diri ke peringkat suku akhir selepas hanya mengutip enam mata ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Kata Dollah, pasukannya sudah memberikan yang terbaik untuk meraih keputusan positif sekali gus menghidupkan harapan mara ke peringkat kalah mati saingan Piala Malaysia, namun nasib tidak menyebelahi mereka kali ini.

“Saya lihat pemain sudah berikan yang terbaik pada perlawanan ini dengan mempamerkan corak permainan positif di awal saingan dan berjaya menjaringkan satu gol.

“Namun, situasi berbeza apabila pasukan pelawat menja­ringkan gol penyamaan dan ia memberi sedikit tekanan buat kami sehingga terikut corak permainan yang ditampilkan oleh mereka.

“Jika kami dapat mengekalkan tempo seperti yang dilakukan awal saingan, mungkin hasrat untuk menambah jaringan boleh direalisasikan, tetapi sebaliknya berlaku selain beberapa keputusan pengadil juga wajar dipersoal.

“Inilah lumrah bola sepak dan perlu terima kekalahan ini dengan tangan terbuka,” kata bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI