fbpx

Scholes sudah tidak tahan, lempar kritikan pedas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FORMASI yang digunakan oleh United ketika berdepan City dianggap tidak sesuai dan menyumbang kekalahan pasukan itu. – AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Paul Scholes mengkritik taktikal yang digunakan oleh pengurus pasukan itu, Ole Gunnar Solskjaer ketika mereka mencatat kekalahan 0-2 kepada Manchester City Sabtu lalu.

Menurutnya, Solskjaer perlu menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada untuk membentuk Uni­ted yang mantap dan mengikut apa yang diinginkan.

“Jurulatih perlu memutuskan bagaimana anda perlu turun dan bermain. Ole sudah berada di sini sejak tiga tahun lalu dan kami semakin bingung dengan apa yang hendak dilakukannya.

“Perkara yang menambah kesukaran dalam tugasnya apabila beliau membeli pemain yang tidak sesuai dengan sistemnya.

“Lihat apa yang Pep (Guardiola) lakukan, beliau membeli pemain seperti Jack Grealish, Riyad Mahrez untuk menguatkan sistemnya. Jurgen Klopp mendapatkan Diogo Jota juga untuk memenuhi sistem yang beliau ada.

“Sebaliknya, United membeli pemain dan mahu menjadikan mereka sesuai dengan sistem. Anda boleh lihat buktinya di padang, pasukan ini semakin jauh daripada apa yang perlu mereka raih.

“Saya tidak fikir pasukan ini mempunyai sekumpulan pemain yang bagus, tetapi Ole perlu buktikan bahawa beliau adalah individu yang tepat untuk membentuk formasi terbaik buat pasukan.

“Saya katakan sebelum ini bahawa formasi 3-5-2 tidak sesuai untuk pasukan ini. Aaron Wan Bissaka adalah pemain pertahanan yang baik tetapi dia tidak cukup bagus untuk memegang bola.

“Tiga pemain pertahanan mereka ketika menentang City, seorang pun tidak bagus dalam penguasaan bola. Ole perlu mencari jalan, itu adalah tugasnya,” jelasnya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI