fbpx

Sabah minta peruntukan 10 peratus daripada Bajet 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mohon peruntukan 10 peratus daripada keseluruhan Bajet 2022 diberikan kepada negeri Sabah.

Katanya, peruntukan berjumlah RM5 bilion sama seperti Bajet tahun lalu dan pelaksanaannya amat perlahan dan membimbangkan rakyat Sabah.

“Kita meminta supaya kerajaan melihat secara terperinci iaitu membangun antara wilayah semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Sabah dan Sarawak ini apabila digabungkan, tenggelam semenanjung ini. Bayangkan betapa besar. Tetapi, peruntukannya hampir sama dengan negeri-negeri yang lain,” katanya ketika di Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, demikian juga dengan peruntukan untuk wakil-wakil rakyat, di mana peruntukan kepada Kinabatangan adalah sama seperti negeri-negeri lain di semenanjung.

“Ia menimbulkan kerisauan, seharusnya peruntukan wakil rakyat itu dinilai daripada keluasan dan keperluan mengikut kawasan.

“Saya juga telah meminta Kementerian Luar Bandar supaya menyimpan data-data bank untuk maklumat setiap Parlimen apa peruntukan serta projek yang telah dilaksanakan, yang sedang berjalan dan apa yang diperlukan. Tetapi, sampai hari ini saya tidak nampak ianya dibuat secara berterusan oleh kementerian,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI