fbpx

Rita Rudaini bidas kredibiliti seorang doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA membidas ciapan seorang doktor dalam Twitter.

PETALING JAYA – Tidak habis-habis menzahirkan pertikaian tentang keberkesanan vaksin Covid-19, aktres popular Rita Rudaini kali ini mempersoalkan kredibiliti seorang pakar perubatan berhubung satu ciapan sinis dalam Twitter berkaitan golongan yang enggan mengikuti undang-undang di negara ini.

Akui Rita, dia tidak menyangka apabila seseorang yang berpendidikan tinggi apatah lagi menggunakan gelaran doktor sebagai pangkal nama menulis satu kenyataan seperti tidak logik dengan tahap pendidikan dimiliki.

Kecewa dengan perkara tersebut, pelakon drama Shah Alam 40,000 itu berkata, rupa-rupanya individu terbabit hanya bijak di atas kertas.

“Siapakah dia? Pangkat doktor itu untuk apa ya? Jika bermaksud doktor, saya amat terkejut juga dengan pemikiran daripada otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya.

“Baru saya tahu, tidak semestinya orang yang belajar tinggi semuanya bijak. Hanya pandai atas kertas peperiksaan bidang mereka sahaja,” balas Rita.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Twitter menghantar satu ciapan agar golongan yang enggan mematuhi undang-undang di Malaysia seharusnya keluar dari negara ini. Ciapan tersebut dipercayai merujuk kepada golongan antivaksin yang berdegil enggan menjadi sebahagian penerima vaksin Covid-19.

“Kepada sesiapa yang tidak mahu mematuhi peraturan di Malaysia, sila tinggalkan negara ini. Kami tidak mahu anda di sini.

“Kepada rakyat negara ini yang antivaksin, anda boleh kekal dan golongan minoriti. Namun tinggallah dalam gua, kalau gua nak terimalah, terima kasih,” ciap doktor yang popular dalam kalangan pengguna Twitter itu.

Sebelum ini, ibu tunggal kepada dua anak lelaki itu sering berdepan kecaman ramai kerana sering mengeluarkan beberapa kenyataan berkaitan vaksin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI