fbpx

PM lawat Indonesia selama 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula melakukan lawatan secara rasmi buat julung kalinya ke Indonesia selama tiga hari sehingga Khamis.

Beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Antara program lawatan ini, Perdana Menteri dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, Joko Widodo,” kata kenyataan Kementerian Luar di sini hari ini.

Lawatan itu menurut Wisma Putra, bakal membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala dalam pelbagai bidang sedia kukuh antara Malaysia dan Indonesia sejak sekian lama.

Ia juga memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin negara untuk meneroka peluang kerjasama dalam usaha pemulihan daripada kesan wabak Covid-19 yang melanda tahun lalu.

Mereka berdua turut bakal membincangkan perkembangan penting serantau dalam konteks kerjasama ASEAN serta cabaran yang boleh menjejaskan lagi keamanan dan kemakmuran.

“Perdana Menteri juga akan mengadakan perjumpaan dengan komuniti perniagaan dan pemain industri utama Indonesia selain diaspora Malaysia di negara itu,” kata Wisma Putra.

Beliau turut dijangka membuat pertemuan dengan ketua-ketua editor media republik itu di samping melawat fasiliti perusahaan pertahanan Indonesia di Bandung, Wilayah Jawa Barat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI