fbpx

LZS sumbang zakat RM3.74 juta kepada Tabung Kebajikan Pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyerahkan replika cek sumbangan LZS sebanyak RM3.74juta kepada Faizal, selain dihadiri Syed Anwar (kanan).

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM3.74 juta kepada Tabung Kebajikan Pesakit LZS di 18 buah hospital dan institusi perubatan sekitar Selangor serta Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.

Sumbangan tersebut disalurkan menerusi dua fasa dengan setiap hospital dan institusi perubatan masing-masing menerima sumbangan zakat di antara RM40,000 hingga RM300,000.

LZS dalam kenyataan akhbarnya berkata, sumbangan fasa pertama disalurkan pada Jun lalu melibatkan peruntukan zakat sebanyak RM1.77 juta manakala sumbangan bagi fasa kedua sebanyak RM1.97 juta disalurkan pada bulan ini.

“Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit LZS ini disalurkan dalam bentuk geran yang diperuntukkan oleh LZS sejak tahun 2008.

“Ia merupakan sebahagian usaha LZS meringankan beban pesakit Islam yang kurang berkemampuan dan memerlukan kos pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital, lebih-lebih lagi dalam situasi krisis pandemik Covid-19,” katanya hari ini.

Simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dalam satu majlis yang diadakan hari ini.

Turut hadir Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr. Faizal Mat Ariffin serta Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop.

Antara hospital yang menerima sumbangan ini termasuklah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang; Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Institut Kanser Negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI