fbpx

Kos haji diumum sebelum Januari 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAMPIN – Kos mengerjakan haji akan diputuskan dalam kabinet dan diumumkan sebelum Januari tahun hadapan bagi membolehkan bakal jemaah haji membuat persiapan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan meneruskan kebiasaan subsidi kepada jemaah haji, namun kadar dan jumlah bergantung kepada kemampuan kewangan Tabung Haji.

Bagaimanapun menurutnya, kos haji dijangka meningkat memandangkan situasi semasa di Arab Saudi dengan jumlah Value Added Tax (VAT) dari lima peratus meningkat ke 15 peratus.

“Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kos haji. Selain itu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) baharu seperti bilangan individu di dalam hotel juga mempengaruhi.

“Sebagai contohnya, jika dulu bilik hotel boleh dikongsi enam hingga tujuh orang, sekarang tak boleh dan SOP hanya dua individu sahaja di dalam bilik,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran Klinik Rohani di PKRC 2021 di Dewan Alamanda Hospital Tampin, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI