fbpx

Klopp tuduh pengadil punca rekod Liverpool berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL gagal mempertahankan rekod tanpa kalah selepas mereka tewas 2-3 kepada West Ham pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa pengadil, Craig Pawson menjadi punca kekalahan 2-3 Liverpool kepada West Ham United, awal pagi semalam.

Klopp melepaskan kemarahannya kepada Pawson dengan me­nuduh pengadil itu terlalu bergantung kepada Video Bantuan Pengadil (VAR) apabila rekod 25 perlawanan tanpa kalah The Reds dalam semua pertandi­ngan akhirnya lebur.

“Ia satu kekasaran yang jelas dilakukan terhadap Alisson Bec­ker untuk gol pertama. Bagaimana jaringan tersebut disahkan? Tangan (Angelo) Ogbonna ­mengasari penjaga gol.

“Tetapi, pengadil menjadikannya mudah dan berfikir ‘jom lihat apa yang dikatakan oleh VAR dan ia menunjukkan tiada sebarang kekasaran’.

“Saya tidak tahu kenapa jaringan itu dibenarkan dan ia sesuatu yang janggal,” kata Klopp.

Dalam perlawanan itu, Liverpool terlebih dahulu ketinggalan seawal minit ke-4 selepas kesilapan dilakukan penjaga golnya, Alisson, namun kedudukan kembali seimbang menerusi ja­ringan Trent Alexander-Arnold.

Pablo Fornals dan Kurt Zouma menambah dua gol buat West Ham dalam tempoh lapan minit, manakala gol kedua Liverpool dihasilkan pemain gantian, Divock Origi.

Klopp juga menggesa Pawson menukar cara pengadilannya de­ngan pendekatan mengutamakan keselamatan pemain.

Ditanya mengenai kebergantungan pengadil terhadap VAR, Klopp berkata ia tidak semestinya tetapi Pawson meletakkan sepenuhnya kepada sistem berke­naan ketika mengadili perlawanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI