fbpx

Kerajaan pantau kenaikan mendadak harga baja, racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) SMART SBB MAFI dan tujuh syarikat peneraju

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian Industri dan Makanan (MAFI) akan memantau kenaikan harga baja dan racun yang membebankan para petani dan pekebun kecil di seluruh negara ketika ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, isu kenaikan harga baja dan racun menjadi perhatian utama MAFI pada ketika ini memandangkan seluruh petani bergantung kepada baja dan racun untuk menjalankan perusahaan mereka.

“MAFI pada ketika ini sedang menggerakkan satu taskforce bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan untuk mengambil tindakan yang perlu membantu pihak perusahaan yang terkesan,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, MAFI akan mewujudkan satu jawatankuasa rentas kementerian untuk mengenal pasti isu kenaikan kos baja dan racun yang tinggi untuk dibawa ke peringkat kerajaan bagi mengenal pasti tindakan susulan yang perlu diambil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI