fbpx

Kenyalang Emas mara ke suku akhir Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UCHE AGBA (kiri) bersaing dengan Herold Goulon untuk mendapatkan bola ketika aksi Sarawak United menewaskan Sri Pahang 2-1 pada saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

KETUA jurulatih Sarawak Uni­ted, E. Elavarasan memuji semangat luar biasa yang dipamerkan anak-anak buahnya ketika melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas Sri Pahang, sekali gus mengesahkan slot ke pentas suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu, skuad Kenyalang Emas berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menafikan hasrat tuan rumah mara ke peringkat kalah mati ketika saingan Kumpulan A berbaki satu perlawanan.

Kata Elavarasan, keputusan tersebut memberi ruang buat pasukannya ‘bernafas’ sebelum mengharungi perlawanan ter­akhir peringkat kumpulan menentang Penang FC di Stadium UiTM, Shah Alam esok.

“Saya anggap gol pembukaan oleh pasukan tuan rumah pada awal saingan telah mengejutkan barisan pemain kami yang saya akui tidak beraksi seperti diharap­kan apabila mudah kehilangan penguasaan bola.

“Namun, selepas Sandro (da Silva) meledak gol penyamaan, ia beri motivasi tambahan buat pasukan untuk lebih fokus dan tenang mengekang asakan yang dilakukan oleh Sri Pahang.

“Pujian wajar diberikan kepada barisan pemain kerana mempamerkan semangat juang tinggi kerana mereka sedar keputusan positif perlu diraih dan kemenangan ini adalah bonus kerana kami dapat bernafas pada aksi terakhir nanti.

“Bagaimanapun, saya tetap mahu pasukan berikan yang terbaik pada perlawanan bertemu Penang FC kerana peluang untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku juara masih terbuka,” katanya.

Sarawak yang juga naib juara Liga Premier musim ini kini mengutip 10 mata, manakala skuad Tok Gajah kekal dengan enam mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI