fbpx

Kehadiran secara penggiliran di sekolah harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kehadiran murid sekolah harian di Kedah yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) semalam akan dilakukan secara kaedah penggiliran bermula 21 November depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, bagi Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula, ia akan dilakukan mengikut kaedah tersebut bermula 22 November depan.

Menurutnya, bagi sekolah asrama sepenuhnya pula, kehadiran akan dilakukan tanpa penggiliran.

“Perincian mengenai kemasukan murid sekolah asrama sepenuhnya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa atau penjaga.

“KPM sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka semenjak dibuka semula bermula 3 Oktober 2021,” katanya hari ini.

Pihak kementerian semalam memaklumkan bahawa kemasukan murid tahun 1 hingga 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah adalah pada 21 November ini bagi Kedah dan 22 November (Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah).

Institusi pendidikan bawah KPM turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

Pada masa sama, menurut KPM, dapatan daripada pemantauan dan penelitian menunjukkan bahawa pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“Setelah mengambil kira dapatan ini serta situasi semasa pandemik Covid-19, KPM memutuskan kehadiran murid pada kali ini tidak dilaksanakan secara berperingkat namun mengekalkan kaedah penggiliran,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI