fbpx

Kebakaran sekolah di Niger korbankan 25 murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebanyakan sekolah di Niger dibina menggunakan jerami. - Getty

NIAMEY, NIGER – Sekurang-kurangnya 25 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun maut selepas bilik darjah mereka terbakar di selatan Niger, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Dalam kejadian pagi kelmarin itu, beberapa mangsa lain turut cedera.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak menyertai sesi pembelajaran di sekolah itu yang terletak dalam wilayah Maradi.

Punca kebakaran bagaimanapun masih belum diketahui.

Menurut Datuk Bandar Maradi, Chaibou Aboubacar, kebakaran itu memusnahkan tiga buah bilik darjah.

Seorang saksi memberitahu BBC bahawa mereka melihat beberapa mayat dikeluarkan dari lokasi kejadian dan sebilangan kanak-kanak yang cedera diletakkan dalam kenderaan untuk dibawa ke hospital.

Semua kelas di sekolah itu telah pun ditutup sehingga diberitahu kelak.

Sebanyak 28 buah bilik darjah musnah dalam insiden itu yang yang mencetuskan bantahan orang ramai.

Awal tahun ini, kira-kira 20  kanak-kanak maut dalam kebakaran serupa di Niamey selepas terperangkap di belakang pintu pagar sekolah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI