fbpx

JDT ‘ratah’ Kelantan FC 4-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertahanan Kelantan FC, Muhammad Haziq Muhammad Subri (kiri) mengawal pemain JDT pada saingan terakhir Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi. /FOTO IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

KOTA BHARU – Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup saingan Kumpulan D, Piala Malaysia 2021 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Kelantan FC 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan JDT menang kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan manakala skuad The Red Warriors (TRW) kekal di tangga tercorot saingan piala berprestij itu musim ini.

Kelantan FC yang turun tanpa sebarang tekanan berjaya mengekang segenap asakan JDT sekali gus menyaksikan anak-anak buah Benjamin Mora gagal merobek benteng pertahanan tuan rumah sepanjang babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad meletakkan pasukannya di hadapan apabila meledak jaringan pembukaan pada minit ke-48 menerusi rembatan kencang yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan FC, Mohamad Faridzuen Kamarudin.

Pemain tengah JDT, Leandro Velazquez membuatkan skuad TRW terlopong apabila menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-59.

Dua minit berselang, JDT terus berpesta apabila pemain naturalisasi, Guilherme de Paula menjaringkan gol ketiga selepas melakukan rembatan deras di hadapan gawang Kelantan FC.

JDT dilihat terus mendominasi perlawanan apabila menambah derita tuan rumah selepas memperoleh jaringan keempat menerusi Shahrul Saad pada minit ke-90 perlawanan.

Kemenangan itu mengesahkan kedudukan JDT sebagai juara Kumpulan D dan akan bertemu dengan Kedah Darul Aman FC pada aksi suku akhir Piala Malaysia nanti. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI