fbpx

Gerrard calon pilihan Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD dilaporkan menjadi calon pilihan utama untuk mengisi jawatan sebagai pengurus baharu Villa selepas Smith dipecat. – AFP

LONDON – Pengurus Rangers, Steven Gerrard dikatakan menjadi calon teratas untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dean Smith yang dipecat oleh Aston Villa kelmarin.

Kegagalan Smith untuk mengubah prestasi Villa yang tewas dalam lima perlawanan sebelum ini termasuk tunduk kepada Sout­hampton 0-1 Sabtu lalu menyebabkan pihak pe­ngurusan mengambil keputusan berkenaan.

Setakat ini, lima pengurus terpaksa meninggalkan kelab masing-masing akibat dipecat dan Villa kini menyertai beberapa pasukan lain yang mahu mendapatkan pengu­rus baharu ketika mereka berada pada kedudukan ke-15 Liga Perdana Inggeris.

Gerrard pula dikatakan menjadi pilihan beberapa ahli lembaga pengarah kelab berkenaan yang kagum dengan prestasi beliau ketika mengemudi Rangers yang meraih gelaran Liga Scotland musim lalu.

Bekas legenda Liverpool yang masih memiliki kontrak sehingga 2024 itu menamatkan penguasaan Celtic yang meraih sembilan kejuaraan berturut-turut selain mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa.

Musim ini menyaksikan Gerrard berjaya membantu Rangers untuk muncul pendahulu liga biarpun akur gagal mara ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Malmo.

Selain Gerrard, Villa juga dikatakan turut menamakan beberapa individu lain termasuk pengendali Southampton, Ralph Hasenhuttl; Pengurus Brentford, Thomas Frank dan jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand sebagai sasaran mereka.

Smith mengambil alih tugas di Villa pada 2018 dan membantu kelab itu naik ke saingan EPL dan menamatkan saingan di kedudukan ke-11 musim lalu, namun musim ini mereka gagal mengekalkan prestasi apabila sekadar menang tiga kali dalam 11 aksi setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI